Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum,
agama dan budaya. Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan jepun selama
lebih empat abad, namun hari ini malaysia berdiri sebagai sebuah negara
berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya atas urusan
pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal ini bermakna kita tidak
perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah dan hala
tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
Dari segi politik misalnya, kita dikatakan mengamalkan sistem
demokrasi tetapi tidaklah seratus peratus mengikut sistem demokrasi barat atau
mana-mana negara lain di dunia. Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah
diubah suai mengikut acuan, keperluan dan kepentingan masyarakat berbilang
agama dan budaya yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini adalah semata-mata
untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan
dikekalkan. Negara yang masih dijajah secara langsung atau tidak langsung oleh
kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin negara
tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan maruah bangsa dan negara tersebut pada
mata dunia. Negara yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat
menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh
penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita
dijajah oleh portugis, belanda, inggeris dan jepun pada masa dahulu. Bukan itu
sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita
telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka.
Menjaga dan menpertahankan kedaulatan negara adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu
yang mengaku dirinya warganegara malaysia. Antara perkara yang boleh dilakukan
adalah seperti berikut:
Pemerintah
-memperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negara.
-menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat
patriotik dalam kalangan rakyat.
-memperkukuh ekonomi negara:
~elakkan daripada penjajahan ekonomi
~menjadi negara pengeluar atau pembuat bukannya negara
pengguna
-mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh
melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Masyarakat
-menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.
-membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang
keselamatan, ekonomi & sosial.
Individu
-cinta akan negara, bersemangat patriotik & sanggup
berkorban untuk negara.
-menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.
-menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
Sejahtera malaysia
Puji dan syukur pada illahi
Anugerah -nya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Korus:
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera malaysia
"mengamalkan rukun negara"
Negara kita mendukung cita-cita bagi mencapai perpaduan yang
lebih erat, mencipta masyarakat yang adil, mengekalkan tradisi dan kebudayaan
pelbagai kaum serta membina sebuah masyarakat progresif berasaskan sains dan
teknologi moden. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai sekiranya tiada perpaduan
dan sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hilangnya
timbang rasa dan wujudnya syak wasangka yang keterlaluan antara satu sama lain
boleh memusnahkan hubungan baik sesama kita. Rukun negara yang menajdi idealogi
kebangsaan mengandungi prinsip-prinsip untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu, setia kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang, bersopan dan
bermoral demi memelihara kedaulatan negara.
Sejarah kewujudan rukun negara
Rukun negara diistiharkan oleh yang di-pertuan agong keempat
pada 31 ogos 1970 iaitu semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-13.
Tragedi 13 mei 1969 telah menghancurkan perpaduan serta mengancam keselamatan
dan keamanan negara. Pada ketika itu, pentadbiran negara diambil alih oleh
majlis gerakan negara (mageran) yang dipengerusikan oleh allahyarham tun abdul
razak bin dato' hussien. Majlis rundingan negara yang ditubuhkan oleh mageran
telah mengambil langkah tegas untuk mencari suatu fomula bagi menyatukan rakyat
pelbagai kaum di malaysia. Hasilnya terbentuklah rukun negara.
Matlamat rukun negara
Matlamat pembentukan rukun negara adalah untuk mengembalikan
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, pembentukan
rukun negara dapat melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, progresif dan
bersikap terbuka. Rukun negara juga sebagai ideologi kebangsaan menjadi panduan
untuk mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaulat.
Prinsip-prinsip rukun negara
~kepercayaan kepada tuhan~
~kesetiaan kepada raja & negara~
~keluhuran perlembagaan~
~kedaulatan undang-undang~
~kesopanan & kesusilaan~
-maksud setiap prinsip-
1.kepercayaan kepada tuhan
-agama merupakan pegangan paling utama rakyat
Malaysia.
-rakyat : menjadi warganegara yang baik dan
Bertanggungjawab.
-islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas
Diamalkan.
2.kesetiaan kepada raja dan negara
-menuntut agar semua rakyat malaysia memberikan
Kesetiaan kepada raja dan negara.
-yang di-pertuan agong adalah ketua negara malaysia
Dan raja melayu adalah ketua negeri.
-raja menjadi simbol penyatuan rakyat dan pelindung
Hak istimewa kaum pribumi.
-penderhakaan kepada raja bererti penderhakaan kepada negara.
3.keluhuran perlembagaan
-perlembagaan adalah undang-undang utama sesebuah negara dan
dianggap luhur, suci, dan unggul.
-keluhuran perlembagaan menekankan agar semua rakyat
menerima, mematuhi, menyanjung, dan mempertahankannya.
4.kedaulatan undang-undang
-prinsip ini menuntut rakyat negara ini agar menghormati
undang-undang dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
-apabila kedaulatan undang-undang terpelihara semua rakyat
akan dapat hidup dengan aman dan damai.
-tanggungjawab setiap warganegara ialah memastikan
undang-undang sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
5.kesopanan dan kesusilaan
-kesopanan dan kesusilaan adalah nilai-nilai murni yang
melambangkan keperibadian seseorang individu.
-kesopanan dan kesusilaan akan dapat menjamin kehidupan yang
harmoni, penyayang, dan saling menghormati.
Bagi mengelakkan berulangnya tragedi 13 mei, rakyat malaysia
perlu menghayati dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan harian.
Hal ini menjadi kunci perpaduan dan membina negara bangsa. Salah satu cara
mengajak rakyat malaysia menghayati dan mengamalkan rukun negara adalah dengan
melancarkan kempen penghayatan rukun negara. Sasaran utama kempen ini ialah
golongan murid sekolah, remaja dan belia. Melalui kempen ini diharapkan dapat
mewujudkan negara yang harmonis dan membentuk masyarakat yang bersatu padu,
hormat-menghormati dan mempunyai jati diri. Secara tidak langsung perpaduan ini
dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik
negara.
Ikrar rukun negara
Maka kami rakyat malaysia berikrar akan menumpuhkan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:
~ kepercayaan kepada tuhan
~ kesetiaan kepada raja & negara
~ keluhuran perlembagaan
~ kedaulatan undang-undang
~ kesopanan & kesusilaan
"persiapan diri mewarisi negara"